Friday, October 07, 2011

Baca label sebelum menggunakannya – Racun!!

Biasanya apabila racun anai-anai habis, aku akan mendapatkannya di kedai hardware di Taman Daya walhal rumah aku di Pair Gudang. Kenapa? Sebab di situ sahaja buat masa sekarang aku boleh mendapatkan racun yang menggunakan ‘Imidacloprid’ sebagai perawis akitf @ active ingredient. Mungkin tempat lain di sekitar Pasir Gudang ada menjualnya tapi tak kuasa nak ronda semua kedai cari racun ini.

Nak dijadikan cerita petang Jumaat bila dah habis kerja, aku pun bercadang nak singgah dulu kedai hardware tersebut di Taman Daya tapi tutup pulak! Malaslah nak pergi Taman Daya dari Pasir Gudang pada hujung minggu semata-mata nak beli racun ni jadi terpaksalah singgah dari satu kedai ke satu kedai hardware bertanya racun anai-anai. Kesemuanya menjual racun dengan active ingredientnya adalah ‘Chlorpyrifos’.

Ada satu kedai ni lagi lawak… Aku bertanya kat tauke tentang racun anai-anai dan dia cuba untuk memujuk aku membeli racun ‘Chlorpyrifos’ 100ml berharga RM5.00 tapi aku bertanya jika ada brand lain yang guna ‘Imidacloprid’ sebagai perawis aktif. Dia cakap racun tersebut tidak sekuat racun yang hendak dijualnya berdasarkan modal ayat dia ‘Chlorpyrifos’ nie racun kelas II…racun yang ‘power’!! Hahahaha dalam hati aku tergelak!!! Last-last beli jugakla sebab murah RM1.00 dari kedai lain dan aku malas nak cari dan bertanya di kedai-kedai lain.

Soalan: Adakah kekuatan atau keberkesanan racun adalah berdasarkan kelas racun?



Sebenarnya kekuatan atau keberkesanan racun tidak terletak pada kelas racun semata-mata. Kelas racun seperti di atas dicetak di bekas racun untuk menerangkan tahap bahaya racun terhadap manusia, bukan untuk makluk perosak. Faktor yang menentukan kekuatan atau keberkesanan racun antaranya adalah apa bahan perawis aktif (active ingredients) yang digunakan dan cara racun digunakan seperti yang disyorkan pada label.

Nota kaki: Senang cerita, racun makluk perosak ‘imidacloprid’ adalah racun serap (systemic) yang lebih berkesan dari ‘chlorpyrifos’ dari jenis racun sentuh (contact). Sila baca artikel tentang racun serap dan racun sentuh di sini.

1 comment:

ann hairien said...

Kedai hardware Taman Daya tu ingat tak nama jalannya?