Tuesday, October 11, 2011

Senarai pendek projek dan idea laman...

Aiseh…sekarang ni pening kepala sebab banyak hal berlaku. Pertama, sekarang musim hujan, jadi badan ni mulalah sengal-sengal ada macam tanda nak demam + selsema dan kebiasaannya datang sekali dengan pakej pening! Kedua, banyak projek tertangguh disebabkan hujan. Bila hujan mencurah turun, kerja seperti pengeringan dan mengecat jadi terbantut dan tergendala. Bila projek tergendala maka makin banyak la kerja untuk projek seterusnya akan tertangguh.

Kalau nak disebut projek-projek yang tertangguh, yang dirancang ni sebenarnya banyak..shortlist seperti di bawah:
1.       Projek kayu hanyut (tinggal pengeringan dan varnish)
2.       Projek upgrade sarang burung tempua
3.       Projek wind chimes (akan berkait dengan projek no. 3)
4.       Projek tempurung kelapa (pengeringan, sanding dan varnish)
       a.       Sub-projek ash tray atau hanging lamps
5.       Projek rumput (tunggu bajet bulan November 2011 lah!)
       a.       Sub-projek stepping stone (memang kena menanti cuaca panas sepanjang hari!)
       b.      Sub-projek pebble wash
6.       Projek pergola atau wakaf (idea dan realisasi taman terbesar setakat ini)
       a.       Sub-projek survey harga kayu…resak, meranti dan seangkatannya
       b.      Sub-projek survey atap rumbia (my wishlist)
       c.       Sub projek lakaran dan ukuran tapak

Projek no 1 – 5 memang sedang berlangsung sekarang. Projek no 6 ni projek besar, besar dari segi wang ringgit, tenaga, masa dan fikiran (design yang terhebat!) Nanti aku pelan-pelan publish setiap projek laman aku dalam blog untuk tatapan. Juga sebagai panduan dan motivasi buat anda yang berminat dengan projek laman dan DIY.

Itu baru projek luar rumah, CEO rumah a.k.a isteri aku dah berkira-kira wang bonus akhir bulan ini untuk projek dalam rumah juga. Nampaknya kena bahagikan sama adil antara luar dan dalam rumah sebab akhirnya aku akan berbaring tidur pada malam hari di dalam rumah!!

Friday, October 07, 2011

Baca label sebelum menggunakannya – Racun!!

Biasanya apabila racun anai-anai habis, aku akan mendapatkannya di kedai hardware di Taman Daya walhal rumah aku di Pair Gudang. Kenapa? Sebab di situ sahaja buat masa sekarang aku boleh mendapatkan racun yang menggunakan ‘Imidacloprid’ sebagai perawis akitf @ active ingredient. Mungkin tempat lain di sekitar Pasir Gudang ada menjualnya tapi tak kuasa nak ronda semua kedai cari racun ini.

Nak dijadikan cerita petang Jumaat bila dah habis kerja, aku pun bercadang nak singgah dulu kedai hardware tersebut di Taman Daya tapi tutup pulak! Malaslah nak pergi Taman Daya dari Pasir Gudang pada hujung minggu semata-mata nak beli racun ni jadi terpaksalah singgah dari satu kedai ke satu kedai hardware bertanya racun anai-anai. Kesemuanya menjual racun dengan active ingredientnya adalah ‘Chlorpyrifos’.

Ada satu kedai ni lagi lawak… Aku bertanya kat tauke tentang racun anai-anai dan dia cuba untuk memujuk aku membeli racun ‘Chlorpyrifos’ 100ml berharga RM5.00 tapi aku bertanya jika ada brand lain yang guna ‘Imidacloprid’ sebagai perawis aktif. Dia cakap racun tersebut tidak sekuat racun yang hendak dijualnya berdasarkan modal ayat dia ‘Chlorpyrifos’ nie racun kelas II…racun yang ‘power’!! Hahahaha dalam hati aku tergelak!!! Last-last beli jugakla sebab murah RM1.00 dari kedai lain dan aku malas nak cari dan bertanya di kedai-kedai lain.

Soalan: Adakah kekuatan atau keberkesanan racun adalah berdasarkan kelas racun?



Sebenarnya kekuatan atau keberkesanan racun tidak terletak pada kelas racun semata-mata. Kelas racun seperti di atas dicetak di bekas racun untuk menerangkan tahap bahaya racun terhadap manusia, bukan untuk makluk perosak. Faktor yang menentukan kekuatan atau keberkesanan racun antaranya adalah apa bahan perawis aktif (active ingredients) yang digunakan dan cara racun digunakan seperti yang disyorkan pada label.

Nota kaki: Senang cerita, racun makluk perosak ‘imidacloprid’ adalah racun serap (systemic) yang lebih berkesan dari ‘chlorpyrifos’ dari jenis racun sentuh (contact). Sila baca artikel tentang racun serap dan racun sentuh di sini.

Antara racun cepat dan racun lambat...

Seingatnya setiap 2 bulan sekali kontraktor majlis datang menyembur racun rumpai kat area taman. Disemburnya racun di kawasan longkang, di tepi beam jalan atau atas jalan sekalipun sebab ada merekah dan naik rumpai. Pagi sembur, petang tengok dah layu, esok pagi tengok dah coklat dah rumpai lalang…cepatnya! Tapi secepat rumpai dan lalang mati, pantas jugalah rumpai dan lalang baru naik tumbuh semula.

Berbanding dengan rumah aku, pakai gak racun rumpai sekali-sekala bila dah datang mood malas nak mencabut manual. Tetapi pagi sembur, lagi 4 hari baru layu, lepas tu lagi 10 hari baru mati semua! Namun lalang dan rumpai menggunakan racun aku ni lambat tumbuh semula mungkin dalam 3 bulan selepas meracun. Tidak seperti racun yang kontraktor majlis gunakan, tidak sampai sebulan setengah dah segar balik rumpai lalang.

Apa bezanya? Jadi belek-beleklah skrin PC mencari jawapan di internet. Antara jawapannya adalah kategori racun yang digunakan. Ada kategori racun sentuh (contact) dan racun serap (systemic)

Racun dari kiri ke kanan:
Wesco malathion 57, Supremo glyphosate 41, Plasbon chlorpyrifos 21
dan Chemitox chlorpyrifos 21


Racun sentuh (contact) adalah racun yang menyentuh daun rumpai atau lalang tanpa menyerap ke akar dalam proses pembunuhan tumbuhan terbabit. Kebarangkalian racun jenis ini menyerap ke akar adalah sangat kurang atau tidak langsung. Ini kerana tindak balas racun ini ke atas bahan-bahan yang diracun (daun-daun) hanya mengenai bahagian yang terkena racun dan sangat kurang atau tidak langsung meresap ke bahagian akar. Walaubagaimanapun, tindak balas racun jenis ini lebih cepat berbanding racun jenis serap. Ini kerana kandungan racun jenis ini bertindak dengan cepat ke atas daun-daun tersebut menyebabkan mudah layu dan mati. Kelemahan racun jenis ini adalah mengenai pertumbuhan balik yang lebih cepat rumpai atau lalang pada kawasan yang diracun. Namun, bagi mereka yang lebih suka kepada sesuatu yang pantas, racun jenis ini sesuai kepada anda. Tempoh yang diambil bagi kawasan yang diracun menampakkan kesan adalah beberapa jam selepas diracun.

Racun serap (systemic) adalah racun yang meresap ke akar dalam proses pembunuhan tumbuhan terbabit. Racun jenis ini lebih bertindak ke bahagian akar berbanding daun-daun. Ini kerana kandungan racun jenis ini bertindak balas ke atas akar bagi menyelesaikan tugasannya. Kelebihan racun jenis ini adalah mengenai pertumbuhan semula yang lambat rumpai atau lalang pada kawasan yang diracun. Walaubagaimanapun, tempoh untuk racun jenis serap ini menampakkan kesan ke atas bahan-bahan yang diracun adalah seminggu atau lebih.

Itu penerangan tentang racun sentuh dan racun serap untuk racun rumpai. Bagaimana pula penerangan bagi racun makluk perosak pulak? Prinsipnya lebih kurang sama iaitu untuk racun makluk perosak dari jenis racun sentuh, sembur racun tersebut terus pada makluk perosak dan tindak balas racun jenis ini lebih cepat. Bagi racun serap pula, makhluk perosak itu lambat sikit la mati tetapi berkemungkinan member kesan yang lebih besar bagi koloni makluk perosak tersebut. Andaikan kita sembur racun jenis serap kepada seekor lipas, lipas itu tidak mati serta-merta tapi akan melarikan diri dan kembali ke koloninya. Apabila racun tersebut bertindak balas dan lipas itu mati, selalunya lipas lain akan memakan bangkai lipas mati itu dan kitaran tindak balas racun akan bermula semula, bertindak lebih dalam dan member impak besar kepada koloni lipas tersebut. (Betul ker cerita lipas nih?)

Jadi…jenis racun apa yang anda pakai sekarang?

Monday, October 03, 2011

Impact drill: yang murah atau yang mahal...masa satu yang anda punyai sekarang?


Antara 'power tool' yang WAJIB ada untuk yang gemar DIY dan peralatan yang wajib ada apabila melaksanakan projek laman atau dekorasi rumah. Nak pasang langsir, nak gantung frame gambar, penyangkut toilet paper mahupun nak kukuhkan hood kat dapur, atau membuat lubang skru pergola...haa...kenalah guna Impact drill sebab nak tebuk konkrit/kayu/tiles buat lubang,pasang wall plug ataupun skru. Malas nak putar skru pakai screw driver pun impact drill boleh tolong.
Impact drill - Cap Ayam...

Pada mulanya memang pening gak nak pilih mana satu Impact drill yang ada di pasaran, banyak pilihan dari jenama, kuasa (watt) atau harga. Banyak bertanya dengan yang pakar dan biasa menggunakannya dapat membantu memilih yang mana sesuai dan berbaloi dengan riggit yang dikeluarkan.

Dari segi kuasa aku bersetuju lagi tinggi watt, lagi berkuasa. Tetapi untuk kegunaan biasa di rumah aku memilih 450 watt dan kebanyakkan Impact drill untuk kegunaan biasa berada bermula dalam 400 watt.

Bosch, Makita, Black & Decker, DeWalts adalah antara jenama terkenal seperti ini yang confirm la makan >RM100. Tapi kalau ada terjumpa jenama 'cap ayam Made In China' yang di dalam lingkungan harga RM50 - RM100 di Jusco, Tesco atau Giant adakah berbaloi untuk dibeli?? 

Kalau anda nampak aku guna ini aku seriously involve
dalam kerja pertukangan la...
Hehe...jangan terkejut antara pengguna 'cap ayam' nie adalah aku! Sudah 4 tahun aku dah pakai Impact drill ini tanpa masalah besar, cuma sekali dua la fius spoit kat kepala plug (Impact drill Bosch kat kilang aku lagi kerap berlaku fius putus). Dengan harga RM65, boleh dikatakan drill 'cap ayam' ini mampu untuk membuat tugasan seperti membuat lubang skru di dinding konkrit/kayu/asbestos/tiles bila nak pasang railings langsir, gantung frame gambar, untuk pasang lampu di siling dan dinding, toilet roll dispenser di toilet, lubang di kayu pergola dan macam-macam lagi yang anda mampu lakukan sendiri di rumah.

Harga dan jenama bukanlah faktor besar dalam memilih Impact drill, faktor terpenting yang anda harus ambil kira adalah kekerapan penggunaan peralatan ini dan tahap kerja atau workload. Fikirkan berapa kali anda perlu menggunakan mesin ini dalam sebulan? Tiap-tiap hari? Seminggu sekali? Atau boleh dikira dengan jari dalam tempoh sebulan? Aku hanya menggunakannya dengan kerap dalam tempoh sebulan dua sewaktu baru berpindah rumah, atau bila ada projek kayu (itupun 4-5 bulan sekali) dan selepas itu jarang digunakan dan banyak terperap di dalam kabinet.Maka 'cap ayam'lah pilihan kerana kekerapan penggunaan yang rendah. Pakai mahal-mahal bukan aku buat duit pun (jadi kontraktor atau handyman), so adillah kan! 

Setakat drilling lubang skru pasang langsir atau gambar berapa la sangat saiz skru tu...dalam 5-8mm jer, kerja yang mudah. Kalau drilling nak pasang wall plug kitchen hood pulak? Dalam 10mm jer dan masih lagi mudah untuk 'cap ayam', tidak banyak masalah dengan syarat perlulah mata drill yang sesuai, teknik dan had keupayaan. Drill bit ada banyak jenis, mata kayu, mata batu, mata tiles, mata plastik...mata batu pun ada pecahan lagi, A-taper, slow spiral, fast spiral, rim bit...ahh...banyak la pecahan-pecahannya. 
Jenis drill bits - 1. Twist bit, 2. Masonry bit, 3. Brad point bit,
4. Spade bit, 5. Multi-construction bit.

Belum lagi 'cap ayam' ni aku cuba untuk drill lubang besar-besar kat batu sebab tidak ada keperluan lagi untuk membuat lubang besar di dinding, kat kayu pergola tidak ada masalah. Jadi itulah faktor aku memilih Impact drill 'cap ayam'.

Jadi...yang masa satu yang anda punyai sekarang?

Tuesday, September 27, 2011

dah lama rupanya tak buka!!!



Assalamualaikum


Entah macam mana aku tergerak hati check balik akaun gmail, gali punyer gali baru dapat tahu aku sendiri ada akaun blogspot yang aku daftar pada tahun 2007. Mak aihh...lamanyer aku tak sedar! 
Di dalam hati ini mungkin boleh menjadi satu medium curahan rasa aku terhadap hobi aku selepas aku khusyuk melayari sebuah blog berkaitan tentang sesuatu hobi. Jeles jugak aku dibuatnyer tatkala secara bersendirian dia juga dapat membuat pengindahan laman rumahnya dari zero ke hebat!!
Mungkin aku pun nak menuntut ilmu dengan dialah,ada jugak 2 ker 3 projek dalam tangan tentang taman yang aku sedang usahakan sekarang nie tapi tak sehebat brother dalam blog tersebut...hehehe...mungkin aku takder 'penolong' sebab penolong aku ni pula jadi 'CEO' bahagian interior. Aku minat luar dia minat dalam, okeylah tu masing-masing ambil bahagin untuk mengindahkan Keseluruhan kawasan kediaman kami. Anak-anak pulak? Ha...jadi la part time jer dan lebih berat pada 'interior' sebab anak emak la katakan.