Monday, October 03, 2011

Impact drill: yang murah atau yang mahal...masa satu yang anda punyai sekarang?

Antara 'power tool' yang WAJIB ada untuk yang gemar DIY dan peralatan yang wajib ada apabila melaksanakan projek laman atau dekorasi rumah. Nak pasang langsir, nak gantung frame gambar, penyangkut toilet paper mahupun nak kukuhkan hood kat dapur, atau membuat lubang skru pergola...haa...kenalah guna Impact drill sebab nak tebuk konkrit/kayu/tiles buat lubang,pasang wall plug ataupun skru. Malas nak putar skru pakai screw driver pun impact drill boleh tolong.
Impact drill - Cap Ayam...

Pada mulanya memang pening gak nak pilih mana satu Impact drill yang ada di pasaran, banyak pilihan dari jenama, kuasa (watt) atau harga. Banyak bertanya dengan yang pakar dan biasa menggunakannya dapat membantu memilih yang mana sesuai dan berbaloi dengan riggit yang dikeluarkan.

Dari segi kuasa aku bersetuju lagi tinggi watt, lagi berkuasa. Tetapi untuk kegunaan biasa di rumah aku memilih 450 watt dan kebanyakkan Impact drill untuk kegunaan biasa berada bermula dalam 400 watt.

Bosch, Makita, Black & Decker, DeWalts adalah antara jenama terkenal seperti ini yang confirm la makan >RM100. Tapi kalau ada terjumpa jenama 'cap ayam Made In China' yang di dalam lingkungan harga RM50 - RM100 di Jusco, Tesco atau Giant adakah berbaloi untuk dibeli?? 

Kalau anda nampak aku guna ini aku seriously involve
dalam kerja pertukangan la...
Hehe...jangan terkejut antara pengguna 'cap ayam' nie adalah aku! Sudah 4 tahun aku dah pakai Impact drill ini tanpa masalah besar, cuma sekali dua la fius spoit kat kepala plug (Impact drill Bosch kat kilang aku lagi kerap berlaku fius putus). Dengan harga RM65, boleh dikatakan drill 'cap ayam' ini mampu untuk membuat tugasan seperti membuat lubang skru di dinding konkrit/kayu/asbestos/tiles bila nak pasang railings langsir, gantung frame gambar, untuk pasang lampu di siling dan dinding, toilet roll dispenser di toilet, lubang di kayu pergola dan macam-macam lagi yang anda mampu lakukan sendiri di rumah.

Harga dan jenama bukanlah faktor besar dalam memilih Impact drill, faktor terpenting yang anda harus ambil kira adalah kekerapan penggunaan peralatan ini dan tahap kerja atau workload. Fikirkan berapa kali anda perlu menggunakan mesin ini dalam sebulan? Tiap-tiap hari? Seminggu sekali? Atau boleh dikira dengan jari dalam tempoh sebulan? Aku hanya menggunakannya dengan kerap dalam tempoh sebulan dua sewaktu baru berpindah rumah, atau bila ada projek kayu (itupun 4-5 bulan sekali) dan selepas itu jarang digunakan dan banyak terperap di dalam kabinet.Maka 'cap ayam'lah pilihan kerana kekerapan penggunaan yang rendah. Pakai mahal-mahal bukan aku buat duit pun (jadi kontraktor atau handyman), so adillah kan! 

Setakat drilling lubang skru pasang langsir atau gambar berapa la sangat saiz skru tu...dalam 5-8mm jer, kerja yang mudah. Kalau drilling nak pasang wall plug kitchen hood pulak? Dalam 10mm jer dan masih lagi mudah untuk 'cap ayam', tidak banyak masalah dengan syarat perlulah mata drill yang sesuai, teknik dan had keupayaan. Drill bit ada banyak jenis, mata kayu, mata batu, mata tiles, mata plastik...mata batu pun ada pecahan lagi, A-taper, slow spiral, fast spiral, rim bit...ahh...banyak la pecahan-pecahannya. 
Jenis drill bits - 1. Twist bit, 2. Masonry bit, 3. Brad point bit,
4. Spade bit, 5. Multi-construction bit.

Belum lagi 'cap ayam' ni aku cuba untuk drill lubang besar-besar kat batu sebab tidak ada keperluan lagi untuk membuat lubang besar di dinding, kat kayu pergola tidak ada masalah. Jadi itulah faktor aku memilih Impact drill 'cap ayam'.

Jadi...yang masa satu yang anda punyai sekarang?

30 comments:

Azhari Mohamed said...

Info yang baik..terima kasih..

cikgu idris said...

tq tuan blog...info yg bermanfaat..tgh nk beli drill ni..sblm ni dh beli 1 jenis starke..cap ayam gk tu..rosak antar kedai pun xleh wt..

Anonymous said...

Have you ever thought about including a little bit more than just your articles?
I mean, what you say is important and everything.
Nevertheless just imagine if you added some great photos or videos to give
your posts more, "pop"! Your content is excellent but with images and video clips,
this website could undeniably be one of the very best in its niche.
Amazing blog!

My weblog binoa

Anonymous said...

Hi there, I enjoy reading through your article.

I wanted to write a little comment to support
you.

Here is my blog: binoa review

Anonymous said...

I know this web page presents quality based content and extra data, is there any other web site which presents these data in quality?

Here is my homepage: 24option

Anonymous said...

Hi there! This is my 1st comment here so I just wanted to give a quick shout
out and tell you I truly enjoy reading your articles. Can you suggest any other blogs/websites/forums that deal with the same subjects?
Many thanks!

Here is my web site :: 24option

Anonymous said...

good info, thanks

Mr. Reuben Jay said...

jenis bit. dari 1 hingga 5. kalau dapat dihuraikan fungsi setiap satu jenis tu lebih bagus.

Unknown said...

Terima kasih... Info yg bagus..

oneplusone said...

tq info berguna... nak pergi giant nk beli yg cap ayam....

Anonymous said...

Aku pun baru nk blaja mendrill ni.. Tgh bace entri² pasal ni..

Ajoy said...

bro, tlg tunjuk mata mana nK guna utk dril marble kat blk air?
saya pun guna cap ayam gak, rega rm60 hehehe

Ajoy said...

bro, tlg tunjuk mata mana nK guna utk dril marble kat blk air?
saya pun guna cap ayam gak, rega rm60 hehehe

Unknown said...

Saya adalah kontraktor dlm bidang pertukangan besi yg mana perlu menggunakan hammer dan impact drill yg kerap. Perlu membuat lubang dlm konkrit,heck dinding konkrit dan lain2 yg kasar. Saya tak nafikan mesin2 dari negara china dan taiwan sgt byk dan murah. Utk pengetahunan saya ada byk mesin dari jenama dewalt bosch dan makita yg saya beli masing2 utk tugasan tertentu. Contohnya utk kerja2 membuat lubang pada dinding konkrit yg besar dan dalam sudah tentunya kita perlukan hammer drill yg pastinya harga sebuah mesih hammer drill yg baik adalah Rm500-1000.. dlm satu ketika saya tertinggal hammer drill saya di bengkel dan jarak tmpt kerja agak jauh saya ambil keputusan utk membeli shj mesin baru yg murah dari china yg kekuatan sama 800watt dgn jenama hebat lain pada harga cuma Rm200. Alang2 dah beli murah fan ada waranty 6bulan saya belasah kaw2 mesin tu. Alhamdulillah pembelian murah saya sgt berbaloi. Kini sudah 5 tahun mesin murah tu saya belasah tanpa sebarang masalah. (Setakat tukar carbon semua mesin pun kena tukar) hehe ye tak? Dari situ lah saya mula terfikir jenama2 hebat lain perlu membayar ramai tenaga kerja di malaysia sedangkan jenama murah2 ni cuma diimport terus dari negara asal dan terus dijual tanpa perlu promosi yg besar2. Mgkin inilah sebabnya mesin2 ni murah kualitinya 90% hampir sama dgn jenama2 hebat lain.. tepuk dada tanya selera. Ada otak kita fikir.. 😂

CikWangiCoway said...

apa nama drill tu encik?

Bosch N Makita said...

Boleh add sya dlm wassap 0177209027 utk sya beli mesin bosch n makita utk perniagaan sya...

Unknown said...

terima kasih tuan

puteri said...

Jenama drill apa ya?

Anonymous said...

Salama.... saya pakai jenama skill... 300 lbih. adik pada bosh... memang berbaloi... saya buat part time dril dinding pasang langsir umah org smp skrg... dah byk sya buat, condo, apartment, teres dll...

Anonymous said...

no saya 017 6371728 (azhar)

nswarrior said...

Apa beza hammer dan impact drill ya

Bosch N Makita said...

Offer Dari Pembekal Bosch/Makita murah2 www.wasap.my/60177209027

sentul said...

brand cap ayam ni pun...ada yg ada kualiti...tp tu la..nasib la .kena tahu jenama dia

sentul said...

untuk yg cap ayam cari yg full cooper biasanya tahan lasak

Anonymous said...

Sekarang mahal dah jenama ni..

Anonymous said...

Info y baik tuan..bleh buat ksimpuln dh nk beli y mna..

Unknown said...

Betul

Ailiarizzan96 said...

Boleh tahu apa nama mesin tu ye tuan?

The World Global said...

Info berguna..
Tq tuan sy pun tengah nk tercari cari ni..
Yg mana satu pun xtau lagi