Friday, October 07, 2011

Antara racun cepat dan racun lambat...

Seingatnya setiap 2 bulan sekali kontraktor majlis datang menyembur racun rumpai kat area taman. Disemburnya racun di kawasan longkang, di tepi beam jalan atau atas jalan sekalipun sebab ada merekah dan naik rumpai. Pagi sembur, petang tengok dah layu, esok pagi tengok dah coklat dah rumpai lalang…cepatnya! Tapi secepat rumpai dan lalang mati, pantas jugalah rumpai dan lalang baru naik tumbuh semula.

Berbanding dengan rumah aku, pakai gak racun rumpai sekali-sekala bila dah datang mood malas nak mencabut manual. Tetapi pagi sembur, lagi 4 hari baru layu, lepas tu lagi 10 hari baru mati semua! Namun lalang dan rumpai menggunakan racun aku ni lambat tumbuh semula mungkin dalam 3 bulan selepas meracun. Tidak seperti racun yang kontraktor majlis gunakan, tidak sampai sebulan setengah dah segar balik rumpai lalang.

Apa bezanya? Jadi belek-beleklah skrin PC mencari jawapan di internet. Antara jawapannya adalah kategori racun yang digunakan. Ada kategori racun sentuh (contact) dan racun serap (systemic)

Racun dari kiri ke kanan:
Wesco malathion 57, Supremo glyphosate 41, Plasbon chlorpyrifos 21
dan Chemitox chlorpyrifos 21


Racun sentuh (contact) adalah racun yang menyentuh daun rumpai atau lalang tanpa menyerap ke akar dalam proses pembunuhan tumbuhan terbabit. Kebarangkalian racun jenis ini menyerap ke akar adalah sangat kurang atau tidak langsung. Ini kerana tindak balas racun ini ke atas bahan-bahan yang diracun (daun-daun) hanya mengenai bahagian yang terkena racun dan sangat kurang atau tidak langsung meresap ke bahagian akar. Walaubagaimanapun, tindak balas racun jenis ini lebih cepat berbanding racun jenis serap. Ini kerana kandungan racun jenis ini bertindak dengan cepat ke atas daun-daun tersebut menyebabkan mudah layu dan mati. Kelemahan racun jenis ini adalah mengenai pertumbuhan balik yang lebih cepat rumpai atau lalang pada kawasan yang diracun. Namun, bagi mereka yang lebih suka kepada sesuatu yang pantas, racun jenis ini sesuai kepada anda. Tempoh yang diambil bagi kawasan yang diracun menampakkan kesan adalah beberapa jam selepas diracun.

Racun serap (systemic) adalah racun yang meresap ke akar dalam proses pembunuhan tumbuhan terbabit. Racun jenis ini lebih bertindak ke bahagian akar berbanding daun-daun. Ini kerana kandungan racun jenis ini bertindak balas ke atas akar bagi menyelesaikan tugasannya. Kelebihan racun jenis ini adalah mengenai pertumbuhan semula yang lambat rumpai atau lalang pada kawasan yang diracun. Walaubagaimanapun, tempoh untuk racun jenis serap ini menampakkan kesan ke atas bahan-bahan yang diracun adalah seminggu atau lebih.

Itu penerangan tentang racun sentuh dan racun serap untuk racun rumpai. Bagaimana pula penerangan bagi racun makluk perosak pulak? Prinsipnya lebih kurang sama iaitu untuk racun makluk perosak dari jenis racun sentuh, sembur racun tersebut terus pada makluk perosak dan tindak balas racun jenis ini lebih cepat. Bagi racun serap pula, makhluk perosak itu lambat sikit la mati tetapi berkemungkinan member kesan yang lebih besar bagi koloni makluk perosak tersebut. Andaikan kita sembur racun jenis serap kepada seekor lipas, lipas itu tidak mati serta-merta tapi akan melarikan diri dan kembali ke koloninya. Apabila racun tersebut bertindak balas dan lipas itu mati, selalunya lipas lain akan memakan bangkai lipas mati itu dan kitaran tindak balas racun akan bermula semula, bertindak lebih dalam dan member impak besar kepada koloni lipas tersebut. (Betul ker cerita lipas nih?)

Jadi…jenis racun apa yang anda pakai sekarang?

14 comments:

Anonymous said...

kedai hardware area mane kat pasir gudang yg ade jual racun rumpai ni. dh byk kedai survey xde

Anonymous said...

Tong galas :racun anak kayu spt senduduk, : 1 tonh = 400ml paraquat + allay( metsulfuron.

Keladi liar/ hutan : glyphosite (150ml + dasatox 50ml.

pokok berkayu: garlon 1: 18 diesel, sapu keliling 20 cm.

maMan.utd_80 said...

Menghapus Jenis2 lalang di kebun apa jenis racun dn berapa sukatan racun tersebut Tuan?

M said...

tgk tmpat lah.. kalo kawan biasa twmpat rumput biasa dgn lalang guna serap plus duron. kalo anak kayu, palas memg sentuh plus renger 250.

Unknown said...

Senarai nama racun kelas 1a, 1b, 2,3,4,5

rocky balboa said...

Racun rain up jenis sistemik kelas 3. Lambat mati dlm 10 hari baru kering. Saya hanya meracun 2 kali saja dlm setahun. Sangat puashati berbanding paraquat untuk setiap 2 bulan. Jimat kos,tenaga dan kurang terdedah dengan racun.

rocky balboa said...

Kalau nak bunuh pokok yg ada ruas campur allai 5 gram bg satu tong 16liter termasuk racun sistemik 80ml.

Wajarian said...

Apa nama racun tu yg bunuh akar tu nak cari

Unknown said...

Sukatan racun kenlon pam stihl 10 liter air berapa ml kegunaan racun.. Racun kenlon + racun ecomax

Unknown said...

Boleh kongsikan x jenama racun rumput yg serap ke akar nii..lalang agak tebal di rumah so kalau guna racun mcm ni rasanya lambat nk tumbuh balikk

Saraain89 said...

Nk tanya.. Bole suggest kn x racun ape yg sesuai utk rumput2 menjalar di kawasan rumah, bila bekerja xde mase nk cabut rumput manual,ingat nak racun jer tp xtau cmne, guna racun & sukatannye cmne? Bole bantu x yer..😊 Tq

Unknown said...

Guna racun sahaja je ke?
Ada tambah apa-apa bahan lain?

Anonymous said...

Racun kopi o

Anonymous said...

Racun sentuh yg majlis guna... Paraquat.. Mcm sedara tu serap